Home Novelet Komedi/Romantik Komedi SONATA [epilog]
SONATA [epilog]
Paina Rena
24/12/2014 03:03:20
25,581
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Egann 1

[Masa diundur sedikit iaitu selepas pertandingan piano akhir di Wilton’s Music Hall]

Malam.

Syafik berdiri sambil menongkatkan lengannya pada pagar beranda biliknya. Suasana bandar London yang penuh dengan kilauan lampu bangunan, lampu jalan dan lampu kereta sangat cantik dan mampu memukau mata yang jakun. Terangnya bandar London pada waktu malam memudarkan kilauan bintang di langit hingga tidak nampak. Yang nampak cuma satu dan dua. Faktor udara yang tercemar juga mungkin satu faktor bintang-bintang tersebut menyebunyikan diri dari mata penduduk London.

Puas merenung malam, gambar di tangan pula dilihat. Pada gambar dia, Elisa dan Saiful. Satu-satunya gambar mereka bertiga yang diambil semasa Elisa masuk tingkatan satu, dan masuk sekolah yang sama dengan mereka dua beradik. Heh. Selama ini gambar ini disimpan elok di dalam diari, tetapi kali ini dikeluarkan semula selepas pertemuan dengan adiknya siang tadi.

“Saif…” Wajah yang tersenyum redup itu direnung. Bersungguh sangat nampaknya niat si adik mahukan dia balik ke tempat kelahiran mereka hingga sanggup terbang ke sini dan mencarinya semata-mata meminta untuk balik pada hari raya. Mungkin sudah penat meminta dan merayu melalyu emel dan Facebook.

Telefon bimbit berdering. Panggilan dari Sofe.

“Hello sayang?”

I heard that you run away from your competition.”

Amboi. Talian bersambut je terus kena sembur. “I did not. I was there.”

Only for the performance, but you already escaped when they announce names for the prize. Seriously, what are you doing, Syafik?”

Senyap. Lampu-lampu bandar London yang bersinar cantik di atas tanas pamah direnung kembali. “Thanks for calling, sayang.”

“Ehh?”

Talian dimatikan. Syafik melepaskan nafas panjang. Pedulikan Saiful di kepala, pedulikan bebelan marah yang akan dilemparkan ke arahnya nanti, sekeping gambar itu diletakkan kembali ke dalam buku nipis bernama diari. Dimasukkan ke dalam laci meja.

Butang kemeja putih ditanggalkan satu persatu. Tubuh kekarnya terdedah pada udara kering bilik hotel yang didiami. Segaris parut panjang di belakang bahu kanan turut terdedah dengan ketara. Mana-mana mata yang melihat mungkin boleh terasa sakit yang kelihatan bersisa pada parut kekal itu.

Tuala dicapai dan Syafik menghilangkan diri ke bilik air. Selesai mandi, dia menapak keluar dengan sehelai tuala putih yang menutup aurat ke lutut. Titis air yang melekat di kulit cerah membuatkan si jejaka nampak segar dan seksi sekaligus. Rambut panjang yang mencecah bawah tengkuk menjatuhkan titis air ke bahu. Syafik menepis rambut basahnya, menepis sekali air ke serata tempat.

“Ah, sexy.”

Lelaki itu yang baru nak mencapai baju tidur, menoleh. Bulat matanya memandang sebatang tubuh langsing sedang duduk di hujung katil. Sejak bila dia ada di sana? Kaki kurus yang bersalut skin sock hitam itu disilangkan. Cukup seksi gaya duduknya.

Syafik menghela nafas pendek. “Bila masa kau masuk?”

Summer tersenyum nipis. “You know I don’t like it when you talk with that language of yours.”

Bear with it.” Baju kelawar ditarik keluar. “Come again, kau buat apa kat sini?” Tangan dimasukkan ke dalam lengan baju kuning pudar tersebut. “First of all, how did you even know I was here?” Pemilik mata biru dan rambut blonde itu direnung.

Summer tersenyum. “It called love, my darling.”

“LOL.” Tali pada pinggang baju kelawar diikat. “Sofe mana?”

Why would I care where she is. I’m actualy glad she’s not here and interrupt our moment.” Overcoat hitam ditanggalkan, mendedahkan tubuh kurus kurang lemak yang hanya bersalut breast band hitam. Syafik merenung tanpa sebarang riak di wajah.

“Berapa kali aku nak cakap yang aku tak berminat nak tidur dengan kau, Summer…” Tangan dilipat berpeluk tubuh.

Don’t say like that, Syafik. I know you will lose to your temptation.” Dia bangkit dan merapat ke arah lelaki bertuala tersebut. Syafik membiarkan lehernya dirangkul. Kulit lembut yang meraba tubuh sasa turut dibiarkan sepenuhnya. Summer mengangkat kaki kanan dan dililitkan pada kaki kiri si lelaki tinggi. Mata biru kilat yang galak itu direnung suka. “You’re mine tonight…” Bibir merahnya mahukan belaian pada malam ini.

What are you doing, idiots.” Satu suara gemersik kedengaran dari pintu. Syafik menjeling. Summer menoleh. Sofe di sebalik daun pintu merenung datar sebelum masuk ke dalam bilik tidur satu katil itu. Daun pintu ditolak, tutup. “Saya punya la dok fikir kenapa awak tutup panggilan saya, tapi rupa-rupanya awak layan Summer?” Syafik direnung tajam.

Bibir spontan menguntum senyum. “Jealous?”

“Takde makna.” Mata dijuling ke langit.

Tergelak si lelaki, lalu tubuh Summer ditolak perlahan. Membina jarak. “I don’t even know if you love me or not, Sofe…”

I love you alright, tapi takda makna nak jealous antara awak dengan Summer.” Pemilik tubuh kurus langsing itu direnung datar. Summer mengukir senyum licik. Rambut kuningnya siap diselak ke belakang, berlagak seksi. Sofe menghela nafas pendek. “Kau buat apa kat sini, Summer?”

To get him.” Tengkuk Syafik ditarik lagi ke arahnya namun kali ini tangan si lelaki sempat menolak dahi Summer daripada terus cuba mendapatkan bibirnya. Tingkah wanita barat itu termati.

Syafik melepaskan diri dari rangkulan lalu beralih ke meja. “Jadi apa dia yang awak nak cakap sampai bersusah datang ke sini, Sofe?” Satu fail nipis dicapai.

Wanita berambut brunette itu menjuih tidak puas hati. Summer dikerling lagi dan katil turut dijeling. Serabai. Hati merasa panas sedikit. “Your winning in the Wilton Piano Competition. Although you are not there to receive the price, but its undeniable that you are the one who wonalthough the price received by others by default.”

Bibir tersenyum nipis. “That’s reassured enough. I don’t need that price. I only need the acknowledgement…” Laptop dibuka. Satu dokumen terpampang di skrin laptop. Tangan baru nak menaip sesuatu sebelum tubuhnya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Wangian yang dipakai Summer meresap ke hidung. Syafik menjeling tajam, sedikit geram. Mata biru milik si rambut perang itu pula cuba mengintai isi dokumen.

What is it that makes you so busy…”

“Sofe.” Syafik menoleh. Wanita berambut panjang di pintu sana berpeluk tubuh.

What?”

Help me?” Kepala diisyaratkan kepada Summer di belakangnya.

I thought she’s your type.”

“Sayang…” Muka beriak kusut. Sofe mencebirkan bibir, berpeluk tubuh dan menolak kepala ke kanan. Muka degil. Lelaki pan-asian itu mengeluh pendek.

“Perangai apa tu…”

What is this…?” Kepala Summer beralih dari belakang bahu ke tepi lengan. Mata dipicingkan pada skrin Apple. “Memorandum to take over Ian group company…”

Pap! Laptop Apple berbunyi kuat bila skrin bertembung dengan palm rest. Summer terperanjat. Syafik menjeling tajam ke belakang. Mata yang galak itu seperti pisau yang baru siap diasah oleh blacksmith. Summer spontan melepaskan rangkulan, seraya berundur dua tapak ke belakang.

“Ooops…”

Both of youget out!!” tengkingnya kuat dengan muka memerah.

“Eeh? Me too?” Sofe terkedu.


RUANG bilik senyap semula. Syafik mendengus keras, lalu merebahkan duduk di kerusi. Apple dibuka kembali, dan dokumen yang sangat penting baginya itu direnung kembali. Ini ialah rahsia… dan dia tidak mahu sesiapa tahu termasuklah Sofe sekalipun.

I wonder kalau dia marah aku halau dia sekali…” Cursor dibawa ke penghujung kanan dokumen, menutup Microsoft Word tersebut. Keluh dilepaskan sekali, dan ketika itu juga iPhonenya berbunyi. Whassap. Dari Sofe.

-Sorry for being a bother-

Dan gambar wanita itu memuncungkan bibir diterima. Syafik tersenyum nipis.

-Kiss taken-

-Tu je?-

-Haha…-

Dan perbualan mati. Syafik mengucup bibir merah di skrin smartphone sebelum perhatian beralih pada skrin Apple kembali. Facebook dibuka. Ada message yang diberi oleh si adik. Tenungan Syafik meredup.

-Saif balik Malaysia tiga hari lagi-

Mesej yang ringkas dan pendek itu dibaca, namun terasa mencengkam jiwanya. Sungguh! Sembilan tahun tidak bertemu muka, dan akhirnya bertemu cuma untuk bertelingkah. Apa maknanya Syafik? Kau memang dah betul-betul tak sayangkan satu-satunya hubungan kekeluargaan kau yang masih wujud tu?

And he come here for me too…” Kepala ditolak ke belakang kerusi, menentang siling di atas sana. Aaah…. Mata dipejam lembut. Terharu bila memikirkan kesanggupan adik lelakinya itu sanggup berhabis duit dan mencarinya di sini… hm?

Wait.

Bila difikir-fikirkan balik, kenapa Saiful tidak menghubunginya terus melalui emel ataupun Facebook jika sudah tiba di sini? Macammana adiknya tahu dia ada di London sedangkan dia tidak pernah memaklumkan? Dan macammana pula dengan perempuan yang bersama dengan adiknya tadi? Siapa dia dan kenapa dia tidak tahu?

Jadi, semua yang berlaku hari ini… sememangnya hanya kebetulankah?

Mata dibuka perlahan, keluar dari bayangan bersama sedikit sesal. Hidung menyedut oksigen sedalam-dalamnya hingga memenuhi dada, lalu dilepaskan perlahan-lahan. Sebal. iPhone dicapai, dan nombor si gadis yang dicintai dihubungi.

Honey?”

Yes?”

Where you at?”

My room.”

Come to my room, would’ya?”

For what?”

Syafik menekan kepala. “I feel weaksuddenly.”

Sofe senyap. “You’re sick?” Bukan ke baru kejap tadi sihat sangat sampai marah-marah halau orang keluar?

Keluh dilepaskan, lalu dia beralih dari kerusi dan ke katil. Tubuh direbahkan di atas tilam empuk itu. “I don’t knowbut my mindwell, I don’t know…” Keluh dilepaskan lagi. “Saya jumpa adik saya siang tadi.”

“Eh? Adik… awak? The one and onlySaiful?”

“Yeah.”

When? Where?”

“Wilton’s Music Hall.”

Senyap seketika. “Why was he here? I meanin London?”

To meet meto ask me to go back homeI don’t have home, seriously, but he is my home toofigurativelyI don’t knowSofe… I don’t know…” Keluh terlepas lagi bila sedar percakapannya hilang fokus pada poin yang nak disampaikan. Mata dipejam dan lengan kiri menimpa mata. “And he said he’ll go back to Malaysia in three days. Now, I feltlonely.” Lemah sekali nadanya.

Si gadis kedengaran mendesah di hujung talian. “I’ll come to you!” Talian dimatikan.

Syafik membiarkan iPhone jatuh di tepi telinga. Mata pula masih dipejam. Di fikirannya, Saiful menguasai benak. Saiful yang comel semasa kecil. Saiful yang mengejar dirinya semasa bermain di luar rumah. Saiful yang berebut telur ikan semasa makan. Saiful yang menangis teresak-esak selepas ibu mereka meninggal. Saiful yang memarahinya semasa si ayah balik buat pertama kali di Malaysia. Saiful yang terseyum ceria pada salji yang dilihat buat pertama kali di tanah Amerika. Saiful yang terkejut semasa dia menyuruhnya balik seorang diri ke Malaysia. Dan Saiful yang dah berjambang pada siang tadi… yang beriak sedih memintanya balik… yang beriak sedih dan meluahkan kesunyian di dalam hati.

-Saif balik Malaysia tiga hari lagi-

I’m a bad big brother…” Lelehan hangat keluar dari hujung mata, melalui telinga dan jatuh ke tilam. Titis yang kecil itu diserap comforter, sama seperti sesal yang dirasai kini, diserap habis oleh hati keras.

“Syafik…” Suara Sofe kedengaran di muka pintu, diiringi bunyi pintu ditutup. Mata kanan dibuka, melihat tubuh langsing itu merapat ke arahnya. Sofe terkedu melihat hidung itu memerah, lalu punggung dilabuhkan di hujung katil. “Hey… kenapa ni?” Tangan kasar si lelaki digenggamnya.

Lelaki itu senyap. Tangan Sofe ditarik perlahan ke arahnya. Bila tubuh itu merapat, kedua belah tangannya dipanjangkan, menarik terus tubuh kurus itu supaya berbaring. Sofe hanya menurut. Syafik merangkul tubuh empuk itu seerat-eratnya, seolah-olah meraih kekuatan dari hati yang lembut namun kental. Ciuman dilepaskan ke ubun-ubun wanita yang disayangi.

Mata coklat gelap itu dijulingkan ke atas, cuba melihat wajah si kacak. “Apa dah jadi ni sebenarnya?”

Nothing. I feel bad for Saif sebab ada saya sebagai abang…”

Sofe terkebil, lalu tersenyum nipis. “Memang dia malang, though…” Tangan dipanjangkan ke belakang pinggang Syafik, membalas rangkulan itu. “Dia own an older brother that has nothing but bottomless selfishness.”

Nafas Syafik terhembus spontan. “Saya tak panggil awak ke sini untuk kutuk saya…”

“Hahahha…” Bergegar bahunya kerana ketawa. Syafik terkebil, lalu tersenyum nipis.

“Nakal.” Ciuman dilepaskan lagi buat kesekian kali.

Sofe tersenyum, mendongak. “Kenapa awak tinggalkan negara awak tu sebenarnya?”

Lelaki itu menundukkan pandangan dengan dahi berkerut. “Nak dekat bertahun dah saya kat sini baru hari ini awak tanya soalan ‘kenapa’ tu?”

Well…” Kanan direnung, memikirkan jawapan. “Random.”

“Eheh. Boleh pulak.”

“Hehhe. Tapi seriously, kenapa?” soalnya, menentang mata biru kilat yang galak sifatnya. Syafik senyap, membalas tenungan si gadis. Bibir tersenyum nipis.

Well, we have our reasons…” Rangkulan dilepaskan, lalu dia berbaring menelentang. Sofe menongkat kepala dengan lengan.

We?”

Mata dipejamkan. “I didn’t come here alone, although we did leave that one person alone there.”

Sofe mengerut dahi, mula mempersoalkan soalan baru. Datang ke sini dengan siapa… dan siapa pula yang ditinggalkan di sana? Sana itu pula di mana? Namun mulut ditahan dari dibuka. Dia mahu lelaki itu meluahkan semuanya tanpa perlu dia menyibuk. Syafik pula tenggelam dalam kenangan. Mata dibuka, menentang siling. Ingatan mengenai sejarah lama, diselak.

Previous: Dour 6
Next: Egann 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.